Monday, 15 June 2015

Siapa Aku Dihatimu ?

Subuh itu terasa sunyi sekali. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Tika kabanyakkan orang sedang lena, atau yang duduk berteleku di tikar sejadah, aku sendirian memandu pulang daripada kota bersejarah. Aku tidak sendirian sebenarnya. Ada hati yang remuk redam setia di sampingku. Terasa jauh benar perjalanan dari melaka menuju ke bangi.

Aku tiba di rumah sewa lebih kurang pukul 7.30 pagi. Aku menuju ke bilik sahabatku untuk memulangkan keretanya. Sehari suntuk aku mengusung keretanya. Namun aku berterima kasih. Jika tidak kerana 'dating' kali ini mungkin lebih lama perasaan yang penuh tanda tanya ini bertahta di dalam hati. Aku masuk ke dalam bilik dan melabuhkan punggungku di birai katil. Aku mencapai telefon yang kubiarkan tidak terusik sejak panggilan terakhir itu. Ada pesanan melalui aplikasi whatsapp.

Bukan sengaja aku nak tolak kau. Tapi kita berkawan sudah lama. Bohonglah jika aku mengatakan bahawa tiada rasa sayang dalam hati ini. Namun rasa sayang itu sekadar sayang sahabat kepada sahabatnya. Aku lebih sayangkan persahabatan kita berbanding ikatan cinta yang tidak jelas hujung pangkalnya. Aku harap kau faham.

Aku termanggu. Jiwaku secara tiba-tiba diselubungi perasaan marah. Terasa dipermainkan. Hatiku sakit, sedih, terhiris. Pesanan tersebut kutenung sedalamnya. 

Aku faham. Sokay. Jawabku ringkas. Aku merebahkan tubuh di atas katil. Terasa letih seharian memandu. Letih cuba menenagkan diri. Tidak sedar entah bila aku terlelap.

***

Dah sampai nanti bagitau aku. Aku tunggu kat KTM UKM. Usai memberi arahan, aku mengemaskan diri. Memang lama kutunggu hari ini. Aku nekad. Hari ini segalanya mesti terungkai. Aku muak berteka teki dengan hati. Gerabah keretapi berlabuh di stesen UKM. Aku memerhati tiap batang tubuh yang bergerak keluar masuk. Dia yang aku nantikan masih belum tiba. Tiba-tiba mataku teralih ke arah seorang gadis yang berjalan ke arahku. Aku hanya tersengih, jikalau yang ditunggu adalah isteriku mahu saja aku berlari memeluknya. Sebab aku RINDU.

Aku membawanya meronda sekitar putrajaya. Namun keseronokkan bersiar-siar tidak begitu terasa dek kerana cuaca panas pada hari itu. Namun senyumannya masih belum lekang. Aku gembira. Tiada perancangan khusus mengenai destinasi kami pada hari itu. Ketika hari semakin redup, aku memutuskan untuk ke The Mines menonton wayang walaupun tiada filem menarik yang sedang ditayangkan. Namun kerana masing-masing tidak tahu kemana untuk dituju maka itu sajalah yang terlintas.

Wayang akan bermula pada pukul 8.30 malam. Sementara itu, kami duduk makan di salah satu restoran makanan segera. 'Suamiku Encik Perfect 10'. Rasanya itulah pilihan terbaik yang ada ketika itu. Aku sudah bersedia. Perancangkanku akan dijalankan ketika kami berada di dalam panggung. Ketika filem sedang ditayangkan, aku acap kali memandang wajahnya. Terasa gemar aku menatap wajah itu. Namun perancanganku masih belum bermula. Lidahku kelu. Bimbang reaksi kepada apa yang ingin aku perkatakan.

Jam menunjukkan 12.00 tengah malam. Oleh kerana tiada, destinasi lain, aku bercadang menghantarnya pulang ke melaka. Aku cuba memberanikan diri untuk merungkai persoalanku ketika kami dalam perjalanan menuju ke melaka. Namun, perkataan Klebang terpacul keluar dari mulutku. Nak pergi ke? Soalnya. Aku cuma mengangguk tanda setuju. Hatiku melompat gembira. Di tepi pantai inilah akan menjadi saksi kepada persoalanku. Teka teki mengenai siapa aku di hatimu perlu dirungkai segera kerana putik manis cinta sedang menunggu untuk berputik. Sekali lagi aku gagal, juga kerana  aku berasa takut akan jawapan yang akan diberikan.

Akhirnya aku menghantarnya pulang. Aku hanya memerhati dia melambai ke arahku ketika aku mula bergerak balik menuju ke bangi. Tiada jawapan yang aku perolehi kerana dalam diri kerang sikap berani. Aku memberhentikan kereta. Kali ini aku nekad. Nekad dalam erti kata yang sebenarnya. Aku mendail nombor telefon dan menunggu panggilanku dijawab.

Hello.
Hello, kenapa? Ada barang tinggal ke? Soalnya
Eh bukanlah. Just nak confirmkan something.
Apa dia?
Nak tanya sikit pasal kita. I not sure about this, but i want to know about who i am to you ? Is it we are friend ?
Yela of course kita kawan. Kenapa tanya ?
Nothing. actually aku dah mula macam rasa sayang. So nasib baik aku tanya. Sebab kalau dh lama nanti payah nak buang rasa sayang ni.
Sorry.
Its okay, Aku pun dah ready untuk jawapan ni. Just nak dengar dari mulut kau sendiri je. Itupun aku tak berani nak tanya depan-depan. Haha. Okaylah nak drive ni.

Aku terus meletakkan telefon tanpa menunggu jawapan akhir. Tiada perkataan sesuai bagi menggambarkan perasaan ketika itu. Aku terkesima namun tidak sekali aku menitiskan air mata. Cuma kesal dalam diri. Jawapan itu sudahku duga namun aku tidak sedia. Aku memandu pulang dalam gelap subuh itu.

***

Aku terjaga dari tidur apabila sahabatku mengejutkanku kerana sudah masuk waktu zuhur. Aku masih terbanyang-bayang kenangan ini. Namun makin lama aku makin rasional untuk berfikir. Aku tidak seharusnya meletakkan kesalahanku padanya. Tiada langsung niatnya mempermainkan hatiku. Cumanya aku yang masih tidak betah membezakan sayang demi cinta dan sayang demi sahabat. Aku beransur melupakan sayang yang terjadi atas kesilapanku itu. Tidak perlu lagi aku bersedih, bagiku biarlah aku hidup solo dahulu sambil menyudahkan diploma yang berbaki setahun saja lagi. Tidak mahu lagi aku bercinta buat masa ini. Namun siapa sangka ada insan lain yang tiba-tiba menduduki hatiku. Dan kini aku bahagia.


Thursday, 16 January 2014

Sikap. Tabiat. Habit. Perangai

Tiga kali aku cuba menghubungi Pak Mat, namun tiada berjawab. Pak Mat adalah pemandu van yg digunakan oleh pelajar GMI untuk pergi ke sesuatu tempat. Aku mendongak ke langit. Ketika ini baru bermulanya waktu Dhuha. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja menuju ke stesen KTM yg terletak kira-kira 2 kilometer dari GMI.

Ketika sinar matahari rakus mengigit kulitku, sebuah kereta dari arah belakang membunyikan hon. Sambil tersenyum dia menjemputku menumpang kereta Proton preve merahnya. Namanya ku lupa. Namum dia adalah pelajar jurusan PIC semester 4. Aku berbual bual dengannya sehingga tiba di stesen KTM. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menumpangkan aku. Rupanya masih ada dan ramai lagi yg berSIKAP begini.

Aku melangkah masuk ke perkarangan stesen ktm UKM. Setelah beratur lama utk membeli tiket ke Nilai, aku mula beredar. Namun perhatianku teralih kepada seorang wanita. Bukan keranan paras rupanya tetapi kerana tindakkan nya yang cuba 'mengelat' dgn mengurus seorang gadis yg sedang beratur utk membeli tiket untuknya. Aku memandang wanita itu.  Turut sama memerhatikah tingkah laku wanita itu adalah para penumpang yang sedang beratur panjang untuk membeli tiket. Mujurlah gadis ayu bertudung itu menolak permintaan wanita itu. Jelek aku melihat SIKAP pengguna sebegini.

Setelah hampir 15 minit menunggu, tren ke Nilai tiba. Aku bergerak ke koc belakang kerana tempat aku menunggu tadi adalah tempat untuk koc wanita. Aku melangkah masuk ke dalam koc. Aku mencari tempat duduk namun tempat duduk yg kosong hanyalah di sebelah kaum hawa. Aku hanya berdiri sambil berfikir. Apalah gunanya kerajaan menyediakan koc wanita padahal mereka masih memilih utk duduk di dalam koc yg di dalalmnya ramai lelaki. Bukankah koc wanita masih banyak yg kosong ? Hairan aku dengan SIKAP mereka ini.

Sedang aku asyik mengomel tiba-tiba kelihatan seorang pemuda dgn dua buah beg dan sebiji gitar bangun untuk memberikan tempat duduknya kepada seorang lelaki tua. Melihatkan beg beg yg dibawa pemuda itu, lelaki tua itu menolak dh menyuruh pemuda itu duduk semula. Namun pemuda itu berkeras dan akhirnya lelaki tua itu mengalah sambil mengucapkan terima kasih. Mendengarkan perbualn mereka, aku mengetahui bahawa pemuda itu adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku jadi terharu melihatkan SIKAP pemuda tersebut.

*jangan salah sangka. Bukan maksud saya untuk mengatakan sikap kaum wanita teruk. Ini adalah sikap yg umum dilakukan oleh semua jantina lelaki perempuan dan lain lain.

Catatan jalanan
GMI ke NILAI.

Tuesday, 9 July 2013

Satu pengorbanan demi sebuah kejayaan.

Bangun! bangun ! Suara yang tiba-tiba menerjah lubang telinga membuatkan aku bingkas bangun dari tempat tidur. Aku terpinga-pinga. Mak sudah memulakan leterannya namun tidak ku tahu butir bicaranya kerana aku masih mama. "Dah pukul berapa ni. Kamu ta reti-reti nk bangun ke ha? aku hanya diam membisu. Malas aku nak menambah leteran emak yang sememangnya bak peluru tidak bermata itu. Segera aku mencapai tuala yang tersangkut pada penyidai dan menuju terus ke bilik mandi.                                                                    
Usai membersihkan diri, aku menjamah sarapan yg tersedia di atas meja. kemudiannya aku mempersiapkan segala kelengkapan kerana hari ini aku akan mendaftarkan diri di German-Malaysian Institute atau GMI yg terletak di Bangi. Sebaik menjejakkan kaki ke dalam dewan gemilang GMI, aku merasakan seolah olah berada di dalam lautan manusia. Mereka juga sepertiku yang mencari ilmu demi memenuhi tuntutan duniawi. Jumlah pelajar yang mendaftar pada hari itu ialah 1503 orang. Jika dicampur dengan ahli keluarga yang turut mengiringi semasa hari pendaftaran maka jumlah manusia yang ada pada hari itu kira kira 5000 orang.

Giliran untuk aku mendaftar tiba. Aku menyerahkan buku pendaftaran kepada urusetia yang bertugas. Sesudah itu aku diminta ke kaunter seterusnya untuk menjelaskan bayaran yuran. Aku melambai lambai kepada ayah tanda menyuruhnya masuk kerana wang pendaftaran ada dalam simpanannya. Ayah melajukan langkah ke arahku. Setelah petugas menyemak butir butir ku, beliau mengeluarkan satu slip yang mempamerkan jumlah yang perlu dibayar. Hampir saja jantungku berhenti bedegup melihat jumlah yang perlu dibayar. "semuannya RM 1510 ye encik". kata urusetia itu. Ayah mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya. Rasanya hampir semua not RM 50 dikeluarkan dah ayah mula mengira bersama sama aku yang turut mengira di dalam hati. Ahhh! cuma terdapat Rm 1100. Ayah menyuruhku menunggu sebentar sementara ayah mengambil sejumlah wang lagi daripada emak. Hatiku menjadi sebak. Mahu saja ketika itu aku menarik lengan ayah mengajaknya pulang. Aku merasakan bahawa aku telah membebankan ayah dan emak  atas keputusanku utk melanjutkan pelajaran di sini. Ayah masuk semula bersama sejumlah wang lagi bagi melunaskan segala bayaran. Aku mula mempamerkan wajah sungul. Emak dan ayah barangkali perasan dengan perubahan air mukaku itu. Aku kemudiannya mengambil uniform dan mendaftar di asrama. Setelah memindahkan segala pakaian ke dalam locker, emak mengajakku makan. Kami mula bergerak keluar daripada kawasan GMI menuju ke pasaraya billion. Selesai makan mak mengajakku mencari sedikit barang makanan supaya aku tidak kelaparan ketika di asrama nanti. Aku mulanya menolak kerana aku ingin membeli barang tersebut menggunakan duit aku sendiri. Namum emak berkeras mahu membelinya. Aku mengalah. Aku cuma membeli beberapa barangan yg aku rasakan penting sahaja. Jumlah barangan tersebut ialah RM 60 lebih. Aku sekali lagi diselubungi rasa bersalah. Emak hanya tersenyum. Emak kemudiannya mengajakku ke tingkat atas pasaraya untuk membeli sedikit barangan lagi. aku hanya menurut. Emak menyuruhku memilih seterika walaupun aku berkeras tak mahu membelinya. setelah didesak, akhirnya aku memilih seterika jenama ELBA berharga RM 70 ditambah pula dengan sehelai selimut dan beberapa helai tuala kecil. semuanya berjumlah Rm 100.

Sesudah membeli barang, kami kembali semula ke GMI. Aku menghantar barang ke dalam bilik dan turun semula menemui keluargaku yang sebentar lagi akan berangkat pulang. Aku memeluk erat tubuh emak dan aku mengucup pipinya. perkara yang sama juga aku lakukan kepada ayah. Hati mula sebak. Mahu saja aku mengikut mereka pulang. Namun memikirkan pengorbanan yang mereka lalukan aku tetap tabah. senyuman pahit aku ukirkan seolah olah cuba memberitahu bahawa aku akan okay berada di sini. Emak mengeluarkan beberapa not rm 50 namun kali ini aku tolak. Sebelum pulang emak mengingatkan aku tentang beberapa perkara. "Din, belajar betul-betul. Cari kawan yg baik baik.  Sembahyang jangan lupa. Kalau tajda duit bagitau la. Jgn nk jimat sangat sampai tak makan. Mak ayah memang cari duet untuk kome". Tatkala emak menyudahkan ayat terakhirnya, aku tidak dapat lagi membendung rasa sebak yang sedari tadi aku tahan. titis titis jernih mula membasahi kelopak mata. aku sekali lagi memeluk erat emak yg kelihatannya sebak meninggalkan aku di sini.  Akhirnya proton Gen 2 itu mula bergerak keluar meninggalkan peekarangan kampus GMI. Aku mengatur langkah ke bilik bersama hati yg sebak.

Saturday, 17 November 2012

Salam terakhir


                                                                 

 Penambah Perasa


Suasana malam yang tiba-tiba bertukar sunyi itu menimbulkan persolalan di benaknya. Dia sedari tadi rakcak berbual denganku, ada saja perihal yang dibualkan. Paling menjadi perhatiannya ialah mengenai bola sepak. Manchester United, Chealsea, Becham, Ronaldo, habis disebutnya semua nama kelab dan pemain sukan bola sepak ini. Namun, anak kecil yang berusia 11 tahun itu tiba-tiba menyepikan diri. Aneh. Tiba-tiba aku teringat akan butir-butir bicaranya tadi yang antara dengar dan tidak. Sedang aku meneliti tiap butir bicaranya, aku terkesan akan perkataan nurse terbit dari bibirnya. Aku memanggil namanya agar perbualan kami yang menghilangkan kebosananku dapat dilanjutkan lagi. Tiga kali namanya aku panggil, tetapi dia hanya membatukan diri. Aku turun daripada katil untuk melihat kondisinya. Aku menggerakkan  tubuh kecilnya itu beberapa kali. Sepi! Gerak tanganku semakin galak menggerakkan tubuhnya sambil aku memanggil namanya. Namun dia tetap tidak membalas panggilanku. Pengsankah dia ? Aku segera mengatur langkah menuju ke luar wad. Tujuanku hanya satu. Nurse!!!

Masih aku teringat ketika kali pertama kaki aku melangkah perlahan ke dalam sebuah wad di Hospital Kuala Lumpur itu. Sebaik memasuki bilik wad itu, mata aku tertancap pada seorang kanak-kanak yang sedang terbaring kebosanan. Di sisinya ada seorang wanita tua yang duduk di sebelah kati budak itu. Terukir sebuah senyuman di bibir wanita tua itu tatkala menyedari kehadiran aku dan keluarga di wad tersebut. Di dalam bilik tersebut cuma terdapat katil budak itu dan sebuah katil kosong yang akan diisi olehku untuk hari-hari yang mendatang. Dan budak itu, mengapakah budak yang masih kecil itu terlantar di hospital itu. Pelbagai persoalan terlintas di fikiranku. Namun tiap persolan hanya aku pendamkan. Tidak mahu menunjukkan tingkah yang tidak baik di hadapan wanita tua itu. Mungkin nanti akan aku tanyakan kepadanya. Itupun jika dia sudi bercerita.

Kini sudah hampir sebulan aku menghabiskan masaku di bilik itu. Dan budak itu kini menjadi temanku berbual, bermain dan tempat aku menghilangkan kebosanan. Penyakitku kini semakin stabil, begitu juga dia. Namanya adalah Fahmi dan wanita tua yang selalu melawatnya itu adalah neneknya. Kami menjadi semakin rapat. Keluargaku juga senang melihatku mempunyai teman  di hospital itu.
"Nama abang ape ? Saya Fahmi. Kenapa abang masuk hospital ni ?Abang sakit ape ?"Soalannya benar-benar menghiburkan hari-hari aku. Walaupun penyakit kronik yang dialaminya agak kritikal, namun dia masih mampu tersenyum dan membuatkan aku turut tersenyum. Dia membuatkan aku melupakan penyakit yang aku alami sekaligus membawa aku menikmati hari-hari indah yang sedang aku tempuhi ini. Aku tidak pernah jemu melayan telatahnya.

Kini aku hanya menunggu di kamar wad tersebut. aku tidak dapat melihat apa yang sedang dilakukan oleh para doktor dan jururawat tersebut di balik tirai. Katil itu ditutupi dengan tirai. Aku memandang ke lantai. Tirai terbuka. Aku memandang doktor dan jururawat yang menapak kaki keluar daripada bilik tersebut. Aku menahan seorang jururawat yang juga ingin beredar meninggalkan bilik tersebut.
"Kak nurse, kenapa dengan dia ?" Soalku kepada jururawat tersebut.
Dengan wajah yang sayu nurse itu menjaawab "Dia dah pergi".
"Pergi mana ?" Soalku kembali.
"Dia dah pergi tinggalkan kita. Dia dah meninggal dunia." ucapnya sambil terus berlalu meninggalkan aku yang terkesima dengan jawapannya. Lidahku kelu mendengarkan kata-kata jururawat tersebut. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa pertemuan aku dengannya begitu sementara. Anak kecil itu. Begitu cepat dia diambil sebelum dia puas menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

Lamunan aku terhenti di saat kelibat seorang wanita tua yang sudah aku cam masuk ke ruangan itu. Dia kelihatan kaget melihat katil yang selama ini menempatkan cucunya sudah tiada di bilik tersebut. Terus dia menghampiriku untuk bertanya. Namun belum sempat aku menjawab, seorang jururawat memanggil nama wanita itu lalu bercakap sesuatu dengannya. Titisan air jernih mengalir keluar lalu membasahi kulit pipinya. Aku turut sebak melihat keadaan wanita tua yang kemudiannya keluar ke bilik jenazah untuk bertemu cucunya. Aku kembali terdiam.

Aku masih lagi duduk bersandar di birai katil. Lain benar rasanya malam itu. Terasa satu kekosongan di benak sanubari. Aku tidak menangis tetapi tidak pula aku tersenyum. Rasa bersalah mula menyulubungi perasaan. Kalaulah aku memanggil jururawat lebih awal, mungkin dia dapat diselamatkan. Mungkin dia masih lagi akan menonton rancangan Spongebob sambil ketawa melihat telatah watak patrick yang bodoh-bodoh itu.  Mungkin juga dia masih lagi akan bercerita tentang Fernando Torres dan Cristiano Ronaldo. Dan mungkin dia akan mengajak aku merayau-rayau di kawasan hospital seperti yang kami acap kali lakukan. Dan mungkin dia masih hidup sehingga hari ini untuk membuat aku tersenyum.  Aku kesal, namun aku redha. Dia ditakdirkan oleh Allah untuk singgah di dunia ini sementara saja untuk berada di syurga yang kekal abadi. Al-fatihah untuk arwah, Somoga tenang di sana.

p/s:-Fahmi, bukan nama sebenar. Kisah 'aku' dan dia terjadi di Hospital Kuala Lumpur dalam tahun 2009. Dan 'aku' adalah syafiq.

Saturday, 27 October 2012

Selamat Pengantin Lama

Suasana yang meriah merancakkan lagi majlis itu. Suara gelak tawa, dan perbualan empunya mulut yang hadir jelas didengar dari pelbagai sudut. Memang jarang sekali majlis ulang tahun perkahwinan disambut secara meriah, apatah lagi bagi masyarakat yang duduk di kampung.

Seperti kereta-kereta polis yang berarak ketika sambutan hari kemerdekaan, begitu jugalah kereta-kereta yang menyusuri jalan kecil itu untuk menjengah ke rumah kami. Walaupun tidaklah banyak seperti ketika sambutan hari kemerdekaan, tetapi jumlah mereka yang hadir sudah cukup untuk memenuhi segenap ruang halaman rumah jiran-jiran yang digunakan untuk meletakkan kereta. Kebanyakan mereka adalah sahabat handai dan rakan taulan Raja Sehari. Kedatangan mereka bukan hanya bertangan kosong, bungkusan hadiah tetap dibimbit bersama tanda tahniah atas ikatan perkahwinan yang terjalin sejak 1992 itu.

Setiap hadirin menikmati juadah yang disediakan dengan berselera sekali. Ada sate, Mee Jawa, Bihun Sup, Yong Tau Fu, Nasi Impit, Lemang, rendang dan banyak lagi juadah yang jika disebut satu persatu pasti memerlukan dua purnama untuk menyiapkan entry ini. 

Kata orang bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. begitulah keadaan yang terjadi dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Seperti lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. inilah asam garam kehidupan. Sebenarnya, inilah yang menjadikan sesebuah ikatan menjadi semakin rapat dan sweet.  Kepada yang msih single, jangan tunggu lama-lama untuk mendirikan rumahtangga. Perkahwinan adalah salah satu kenikmatan dunia.



P/S:- credit to Norzariah Hussain dan Mohamad Daud Abdullah




Monday, 22 October 2012

Sixteen Wishes

Lain benar rasanya hari ini. Bagaikan ada sesuatu yang penting tuk aku ingati. Ligat otakku berfikir akan perkara itu.  Namun segala-galanya terjawab tatkala telefon tangaku berdering meminta perhatianku. Lantas kucapai telefon tersebut. "Ah, bagaimana aku boleh terlupa, hari ini adalah hari jadi Adaa Dyndaa" (Rabiatul Adawiyah nama sebenarnya).



Inilah birthday girl.

Ucapan..ucapan..
Selamat Hari Lahir kat cik adaa kite a.k.a Puan Ngigau yang ke 16. Semoga kau panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat-sihat selalu, dan berbahagia di samping orang tersayang (EM la kan). Sory kerna tahun ini juga enggak punya hadiah tuk diberikan kerna diriku sedang di dalam kegawatan ekonomi global. Tapi insya'allah kalau ade rezeki ade lha hadiannya. Ucapan ni gak ringkas je sbb kalau lebeh-lebeh nanti ade plak yg jelessss kan..haha.. akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 16...

P/S:-sory sbb ter-wish birthday awal sehari :)