Tiga kali aku cuba menghubungi Pak Mat, namun tiada berjawab. Pak Mat adalah pemandu van yg digunakan oleh pelajar GMI untuk pergi ke sesuatu tempat. Aku mendongak ke langit. Ketika ini baru bermulanya waktu Dhuha. Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja menuju ke stesen KTM yg terletak kira-kira 2 kilometer dari GMI.
Ketika sinar matahari rakus mengigit kulitku, sebuah kereta dari arah belakang membunyikan hon. Sambil tersenyum dia menjemputku menumpang kereta Proton preve merahnya. Namanya ku lupa. Namum dia adalah pelajar jurusan PIC semester 4. Aku berbual bual dengannya sehingga tiba di stesen KTM. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menumpangkan aku. Rupanya masih ada dan ramai lagi yg berSIKAP begini.
Aku melangkah masuk ke perkarangan stesen ktm UKM. Setelah beratur lama utk membeli tiket ke Nilai, aku mula beredar. Namun perhatianku teralih kepada seorang wanita. Bukan keranan paras rupanya tetapi kerana tindakkan nya yang cuba 'mengelat' dgn mengurus seorang gadis yg sedang beratur utk membeli tiket untuknya. Aku memandang wanita itu. Turut sama memerhatikah tingkah laku wanita itu adalah para penumpang yang sedang beratur panjang untuk membeli tiket. Mujurlah gadis ayu bertudung itu menolak permintaan wanita itu. Jelek aku melihat SIKAP pengguna sebegini.
Setelah hampir 15 minit menunggu, tren ke Nilai tiba. Aku bergerak ke koc belakang kerana tempat aku menunggu tadi adalah tempat untuk koc wanita. Aku melangkah masuk ke dalam koc. Aku mencari tempat duduk namun tempat duduk yg kosong hanyalah di sebelah kaum hawa. Aku hanya berdiri sambil berfikir. Apalah gunanya kerajaan menyediakan koc wanita padahal mereka masih memilih utk duduk di dalam koc yg di dalalmnya ramai lelaki. Bukankah koc wanita masih banyak yg kosong ? Hairan aku dengan SIKAP mereka ini.
Sedang aku asyik mengomel tiba-tiba kelihatan seorang pemuda dgn dua buah beg dan sebiji gitar bangun untuk memberikan tempat duduknya kepada seorang lelaki tua. Melihatkan beg beg yg dibawa pemuda itu, lelaki tua itu menolak dh menyuruh pemuda itu duduk semula. Namun pemuda itu berkeras dan akhirnya lelaki tua itu mengalah sambil mengucapkan terima kasih. Mendengarkan perbualn mereka, aku mengetahui bahawa pemuda itu adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku jadi terharu melihatkan SIKAP pemuda tersebut.
*jangan salah sangka. Bukan maksud saya untuk mengatakan sikap kaum wanita teruk. Ini adalah sikap yg umum dilakukan oleh semua jantina lelaki perempuan dan lain lain.
Catatan jalanan
GMI ke NILAI.
No comments:
Post a Comment