Bangun! bangun ! Suara yang tiba-tiba menerjah lubang telinga membuatkan aku bingkas bangun dari tempat tidur. Aku terpinga-pinga. Mak sudah memulakan leterannya namun tidak ku tahu butir bicaranya kerana aku masih mama. "Dah pukul berapa ni. Kamu ta reti-reti nk bangun ke ha? aku hanya diam membisu. Malas aku nak menambah leteran emak yang sememangnya bak peluru tidak bermata itu. Segera aku mencapai tuala yang tersangkut pada penyidai dan menuju terus ke bilik mandi.
Usai membersihkan diri, aku menjamah sarapan yg tersedia di atas meja. kemudiannya aku mempersiapkan segala kelengkapan kerana hari ini aku akan mendaftarkan diri di German-Malaysian Institute atau GMI yg terletak di Bangi. Sebaik menjejakkan kaki ke dalam dewan gemilang GMI, aku merasakan seolah olah berada di dalam lautan manusia. Mereka juga sepertiku yang mencari ilmu demi memenuhi tuntutan duniawi. Jumlah pelajar yang mendaftar pada hari itu ialah 1503 orang. Jika dicampur dengan ahli keluarga yang turut mengiringi semasa hari pendaftaran maka jumlah manusia yang ada pada hari itu kira kira 5000 orang.
Giliran untuk aku mendaftar tiba. Aku menyerahkan buku pendaftaran kepada urusetia yang bertugas. Sesudah itu aku diminta ke kaunter seterusnya untuk menjelaskan bayaran yuran. Aku melambai lambai kepada ayah tanda menyuruhnya masuk kerana wang pendaftaran ada dalam simpanannya. Ayah melajukan langkah ke arahku. Setelah petugas menyemak butir butir ku, beliau mengeluarkan satu slip yang mempamerkan jumlah yang perlu dibayar. Hampir saja jantungku berhenti bedegup melihat jumlah yang perlu dibayar. "semuannya RM 1510 ye encik". kata urusetia itu. Ayah mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya. Rasanya hampir semua not RM 50 dikeluarkan dah ayah mula mengira bersama sama aku yang turut mengira di dalam hati. Ahhh! cuma terdapat Rm 1100. Ayah menyuruhku menunggu sebentar sementara ayah mengambil sejumlah wang lagi daripada emak. Hatiku menjadi sebak. Mahu saja ketika itu aku menarik lengan ayah mengajaknya pulang. Aku merasakan bahawa aku telah membebankan ayah dan emak atas keputusanku utk melanjutkan pelajaran di sini. Ayah masuk semula bersama sejumlah wang lagi bagi melunaskan segala bayaran. Aku mula mempamerkan wajah sungul. Emak dan ayah barangkali perasan dengan perubahan air mukaku itu. Aku kemudiannya mengambil uniform dan mendaftar di asrama. Setelah memindahkan segala pakaian ke dalam locker, emak mengajakku makan. Kami mula bergerak keluar daripada kawasan GMI menuju ke pasaraya billion. Selesai makan mak mengajakku mencari sedikit barang makanan supaya aku tidak kelaparan ketika di asrama nanti. Aku mulanya menolak kerana aku ingin membeli barang tersebut menggunakan duit aku sendiri. Namum emak berkeras mahu membelinya. Aku mengalah. Aku cuma membeli beberapa barangan yg aku rasakan penting sahaja. Jumlah barangan tersebut ialah RM 60 lebih. Aku sekali lagi diselubungi rasa bersalah. Emak hanya tersenyum. Emak kemudiannya mengajakku ke tingkat atas pasaraya untuk membeli sedikit barangan lagi. aku hanya menurut. Emak menyuruhku memilih seterika walaupun aku berkeras tak mahu membelinya. setelah didesak, akhirnya aku memilih seterika jenama ELBA berharga RM 70 ditambah pula dengan sehelai selimut dan beberapa helai tuala kecil. semuanya berjumlah Rm 100.
Sesudah membeli barang, kami kembali semula ke GMI. Aku menghantar barang ke dalam bilik dan turun semula menemui keluargaku yang sebentar lagi akan berangkat pulang. Aku memeluk erat tubuh emak dan aku mengucup pipinya. perkara yang sama juga aku lakukan kepada ayah. Hati mula sebak. Mahu saja aku mengikut mereka pulang. Namun memikirkan pengorbanan yang mereka lalukan aku tetap tabah. senyuman pahit aku ukirkan seolah olah cuba memberitahu bahawa aku akan okay berada di sini. Emak mengeluarkan beberapa not rm 50 namun kali ini aku tolak. Sebelum pulang emak mengingatkan aku tentang beberapa perkara. "Din, belajar betul-betul. Cari kawan yg baik baik. Sembahyang jangan lupa. Kalau tajda duit bagitau la. Jgn nk jimat sangat sampai tak makan. Mak ayah memang cari duet untuk kome". Tatkala emak menyudahkan ayat terakhirnya, aku tidak dapat lagi membendung rasa sebak yang sedari tadi aku tahan. titis titis jernih mula membasahi kelopak mata. aku sekali lagi memeluk erat emak yg kelihatannya sebak meninggalkan aku di sini. Akhirnya proton Gen 2 itu mula bergerak keluar meninggalkan peekarangan kampus GMI. Aku mengatur langkah ke bilik bersama hati yg sebak.
Menangis baca :'(
ReplyDeleteMenangis baca :'(
ReplyDelete