Saturday, 27 October 2012

Selamat Pengantin Lama

Suasana yang meriah merancakkan lagi majlis itu. Suara gelak tawa, dan perbualan empunya mulut yang hadir jelas didengar dari pelbagai sudut. Memang jarang sekali majlis ulang tahun perkahwinan disambut secara meriah, apatah lagi bagi masyarakat yang duduk di kampung.

Seperti kereta-kereta polis yang berarak ketika sambutan hari kemerdekaan, begitu jugalah kereta-kereta yang menyusuri jalan kecil itu untuk menjengah ke rumah kami. Walaupun tidaklah banyak seperti ketika sambutan hari kemerdekaan, tetapi jumlah mereka yang hadir sudah cukup untuk memenuhi segenap ruang halaman rumah jiran-jiran yang digunakan untuk meletakkan kereta. Kebanyakan mereka adalah sahabat handai dan rakan taulan Raja Sehari. Kedatangan mereka bukan hanya bertangan kosong, bungkusan hadiah tetap dibimbit bersama tanda tahniah atas ikatan perkahwinan yang terjalin sejak 1992 itu.

Setiap hadirin menikmati juadah yang disediakan dengan berselera sekali. Ada sate, Mee Jawa, Bihun Sup, Yong Tau Fu, Nasi Impit, Lemang, rendang dan banyak lagi juadah yang jika disebut satu persatu pasti memerlukan dua purnama untuk menyiapkan entry ini. 

Kata orang bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. begitulah keadaan yang terjadi dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Seperti lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. inilah asam garam kehidupan. Sebenarnya, inilah yang menjadikan sesebuah ikatan menjadi semakin rapat dan sweet.  Kepada yang msih single, jangan tunggu lama-lama untuk mendirikan rumahtangga. Perkahwinan adalah salah satu kenikmatan dunia.



P/S:- credit to Norzariah Hussain dan Mohamad Daud Abdullah




No comments:

Post a Comment