Saturday, 17 November 2012

Salam terakhir


                                                                 

 Penambah Perasa


Suasana malam yang tiba-tiba bertukar sunyi itu menimbulkan persolalan di benaknya. Dia sedari tadi rakcak berbual denganku, ada saja perihal yang dibualkan. Paling menjadi perhatiannya ialah mengenai bola sepak. Manchester United, Chealsea, Becham, Ronaldo, habis disebutnya semua nama kelab dan pemain sukan bola sepak ini. Namun, anak kecil yang berusia 11 tahun itu tiba-tiba menyepikan diri. Aneh. Tiba-tiba aku teringat akan butir-butir bicaranya tadi yang antara dengar dan tidak. Sedang aku meneliti tiap butir bicaranya, aku terkesan akan perkataan nurse terbit dari bibirnya. Aku memanggil namanya agar perbualan kami yang menghilangkan kebosananku dapat dilanjutkan lagi. Tiga kali namanya aku panggil, tetapi dia hanya membatukan diri. Aku turun daripada katil untuk melihat kondisinya. Aku menggerakkan  tubuh kecilnya itu beberapa kali. Sepi! Gerak tanganku semakin galak menggerakkan tubuhnya sambil aku memanggil namanya. Namun dia tetap tidak membalas panggilanku. Pengsankah dia ? Aku segera mengatur langkah menuju ke luar wad. Tujuanku hanya satu. Nurse!!!

Masih aku teringat ketika kali pertama kaki aku melangkah perlahan ke dalam sebuah wad di Hospital Kuala Lumpur itu. Sebaik memasuki bilik wad itu, mata aku tertancap pada seorang kanak-kanak yang sedang terbaring kebosanan. Di sisinya ada seorang wanita tua yang duduk di sebelah kati budak itu. Terukir sebuah senyuman di bibir wanita tua itu tatkala menyedari kehadiran aku dan keluarga di wad tersebut. Di dalam bilik tersebut cuma terdapat katil budak itu dan sebuah katil kosong yang akan diisi olehku untuk hari-hari yang mendatang. Dan budak itu, mengapakah budak yang masih kecil itu terlantar di hospital itu. Pelbagai persoalan terlintas di fikiranku. Namun tiap persolan hanya aku pendamkan. Tidak mahu menunjukkan tingkah yang tidak baik di hadapan wanita tua itu. Mungkin nanti akan aku tanyakan kepadanya. Itupun jika dia sudi bercerita.

Kini sudah hampir sebulan aku menghabiskan masaku di bilik itu. Dan budak itu kini menjadi temanku berbual, bermain dan tempat aku menghilangkan kebosanan. Penyakitku kini semakin stabil, begitu juga dia. Namanya adalah Fahmi dan wanita tua yang selalu melawatnya itu adalah neneknya. Kami menjadi semakin rapat. Keluargaku juga senang melihatku mempunyai teman  di hospital itu.
"Nama abang ape ? Saya Fahmi. Kenapa abang masuk hospital ni ?Abang sakit ape ?"Soalannya benar-benar menghiburkan hari-hari aku. Walaupun penyakit kronik yang dialaminya agak kritikal, namun dia masih mampu tersenyum dan membuatkan aku turut tersenyum. Dia membuatkan aku melupakan penyakit yang aku alami sekaligus membawa aku menikmati hari-hari indah yang sedang aku tempuhi ini. Aku tidak pernah jemu melayan telatahnya.

Kini aku hanya menunggu di kamar wad tersebut. aku tidak dapat melihat apa yang sedang dilakukan oleh para doktor dan jururawat tersebut di balik tirai. Katil itu ditutupi dengan tirai. Aku memandang ke lantai. Tirai terbuka. Aku memandang doktor dan jururawat yang menapak kaki keluar daripada bilik tersebut. Aku menahan seorang jururawat yang juga ingin beredar meninggalkan bilik tersebut.
"Kak nurse, kenapa dengan dia ?" Soalku kepada jururawat tersebut.
Dengan wajah yang sayu nurse itu menjaawab "Dia dah pergi".
"Pergi mana ?" Soalku kembali.
"Dia dah pergi tinggalkan kita. Dia dah meninggal dunia." ucapnya sambil terus berlalu meninggalkan aku yang terkesima dengan jawapannya. Lidahku kelu mendengarkan kata-kata jururawat tersebut. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa pertemuan aku dengannya begitu sementara. Anak kecil itu. Begitu cepat dia diambil sebelum dia puas menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

Lamunan aku terhenti di saat kelibat seorang wanita tua yang sudah aku cam masuk ke ruangan itu. Dia kelihatan kaget melihat katil yang selama ini menempatkan cucunya sudah tiada di bilik tersebut. Terus dia menghampiriku untuk bertanya. Namun belum sempat aku menjawab, seorang jururawat memanggil nama wanita itu lalu bercakap sesuatu dengannya. Titisan air jernih mengalir keluar lalu membasahi kulit pipinya. Aku turut sebak melihat keadaan wanita tua yang kemudiannya keluar ke bilik jenazah untuk bertemu cucunya. Aku kembali terdiam.

Aku masih lagi duduk bersandar di birai katil. Lain benar rasanya malam itu. Terasa satu kekosongan di benak sanubari. Aku tidak menangis tetapi tidak pula aku tersenyum. Rasa bersalah mula menyulubungi perasaan. Kalaulah aku memanggil jururawat lebih awal, mungkin dia dapat diselamatkan. Mungkin dia masih lagi akan menonton rancangan Spongebob sambil ketawa melihat telatah watak patrick yang bodoh-bodoh itu.  Mungkin juga dia masih lagi akan bercerita tentang Fernando Torres dan Cristiano Ronaldo. Dan mungkin dia akan mengajak aku merayau-rayau di kawasan hospital seperti yang kami acap kali lakukan. Dan mungkin dia masih hidup sehingga hari ini untuk membuat aku tersenyum.  Aku kesal, namun aku redha. Dia ditakdirkan oleh Allah untuk singgah di dunia ini sementara saja untuk berada di syurga yang kekal abadi. Al-fatihah untuk arwah, Somoga tenang di sana.

p/s:-Fahmi, bukan nama sebenar. Kisah 'aku' dan dia terjadi di Hospital Kuala Lumpur dalam tahun 2009. Dan 'aku' adalah syafiq.

Saturday, 27 October 2012

Selamat Pengantin Lama

Suasana yang meriah merancakkan lagi majlis itu. Suara gelak tawa, dan perbualan empunya mulut yang hadir jelas didengar dari pelbagai sudut. Memang jarang sekali majlis ulang tahun perkahwinan disambut secara meriah, apatah lagi bagi masyarakat yang duduk di kampung.

Seperti kereta-kereta polis yang berarak ketika sambutan hari kemerdekaan, begitu jugalah kereta-kereta yang menyusuri jalan kecil itu untuk menjengah ke rumah kami. Walaupun tidaklah banyak seperti ketika sambutan hari kemerdekaan, tetapi jumlah mereka yang hadir sudah cukup untuk memenuhi segenap ruang halaman rumah jiran-jiran yang digunakan untuk meletakkan kereta. Kebanyakan mereka adalah sahabat handai dan rakan taulan Raja Sehari. Kedatangan mereka bukan hanya bertangan kosong, bungkusan hadiah tetap dibimbit bersama tanda tahniah atas ikatan perkahwinan yang terjalin sejak 1992 itu.

Setiap hadirin menikmati juadah yang disediakan dengan berselera sekali. Ada sate, Mee Jawa, Bihun Sup, Yong Tau Fu, Nasi Impit, Lemang, rendang dan banyak lagi juadah yang jika disebut satu persatu pasti memerlukan dua purnama untuk menyiapkan entry ini. 

Kata orang bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. begitulah keadaan yang terjadi dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Seperti lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. inilah asam garam kehidupan. Sebenarnya, inilah yang menjadikan sesebuah ikatan menjadi semakin rapat dan sweet.  Kepada yang msih single, jangan tunggu lama-lama untuk mendirikan rumahtangga. Perkahwinan adalah salah satu kenikmatan dunia.



P/S:- credit to Norzariah Hussain dan Mohamad Daud Abdullah




Monday, 22 October 2012

Sixteen Wishes

Lain benar rasanya hari ini. Bagaikan ada sesuatu yang penting tuk aku ingati. Ligat otakku berfikir akan perkara itu.  Namun segala-galanya terjawab tatkala telefon tangaku berdering meminta perhatianku. Lantas kucapai telefon tersebut. "Ah, bagaimana aku boleh terlupa, hari ini adalah hari jadi Adaa Dyndaa" (Rabiatul Adawiyah nama sebenarnya).



Inilah birthday girl.

Ucapan..ucapan..
Selamat Hari Lahir kat cik adaa kite a.k.a Puan Ngigau yang ke 16. Semoga kau panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat-sihat selalu, dan berbahagia di samping orang tersayang (EM la kan). Sory kerna tahun ini juga enggak punya hadiah tuk diberikan kerna diriku sedang di dalam kegawatan ekonomi global. Tapi insya'allah kalau ade rezeki ade lha hadiannya. Ucapan ni gak ringkas je sbb kalau lebeh-lebeh nanti ade plak yg jelessss kan..haha.. akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 16...

P/S:-sory sbb ter-wish birthday awal sehari :)