Monday, 15 June 2015

Siapa Aku Dihatimu ?

Subuh itu terasa sunyi sekali. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Tika kabanyakkan orang sedang lena, atau yang duduk berteleku di tikar sejadah, aku sendirian memandu pulang daripada kota bersejarah. Aku tidak sendirian sebenarnya. Ada hati yang remuk redam setia di sampingku. Terasa jauh benar perjalanan dari melaka menuju ke bangi.

Aku tiba di rumah sewa lebih kurang pukul 7.30 pagi. Aku menuju ke bilik sahabatku untuk memulangkan keretanya. Sehari suntuk aku mengusung keretanya. Namun aku berterima kasih. Jika tidak kerana 'dating' kali ini mungkin lebih lama perasaan yang penuh tanda tanya ini bertahta di dalam hati. Aku masuk ke dalam bilik dan melabuhkan punggungku di birai katil. Aku mencapai telefon yang kubiarkan tidak terusik sejak panggilan terakhir itu. Ada pesanan melalui aplikasi whatsapp.

Bukan sengaja aku nak tolak kau. Tapi kita berkawan sudah lama. Bohonglah jika aku mengatakan bahawa tiada rasa sayang dalam hati ini. Namun rasa sayang itu sekadar sayang sahabat kepada sahabatnya. Aku lebih sayangkan persahabatan kita berbanding ikatan cinta yang tidak jelas hujung pangkalnya. Aku harap kau faham.

Aku termanggu. Jiwaku secara tiba-tiba diselubungi perasaan marah. Terasa dipermainkan. Hatiku sakit, sedih, terhiris. Pesanan tersebut kutenung sedalamnya. 

Aku faham. Sokay. Jawabku ringkas. Aku merebahkan tubuh di atas katil. Terasa letih seharian memandu. Letih cuba menenagkan diri. Tidak sedar entah bila aku terlelap.

***

Dah sampai nanti bagitau aku. Aku tunggu kat KTM UKM. Usai memberi arahan, aku mengemaskan diri. Memang lama kutunggu hari ini. Aku nekad. Hari ini segalanya mesti terungkai. Aku muak berteka teki dengan hati. Gerabah keretapi berlabuh di stesen UKM. Aku memerhati tiap batang tubuh yang bergerak keluar masuk. Dia yang aku nantikan masih belum tiba. Tiba-tiba mataku teralih ke arah seorang gadis yang berjalan ke arahku. Aku hanya tersengih, jikalau yang ditunggu adalah isteriku mahu saja aku berlari memeluknya. Sebab aku RINDU.

Aku membawanya meronda sekitar putrajaya. Namun keseronokkan bersiar-siar tidak begitu terasa dek kerana cuaca panas pada hari itu. Namun senyumannya masih belum lekang. Aku gembira. Tiada perancangan khusus mengenai destinasi kami pada hari itu. Ketika hari semakin redup, aku memutuskan untuk ke The Mines menonton wayang walaupun tiada filem menarik yang sedang ditayangkan. Namun kerana masing-masing tidak tahu kemana untuk dituju maka itu sajalah yang terlintas.

Wayang akan bermula pada pukul 8.30 malam. Sementara itu, kami duduk makan di salah satu restoran makanan segera. 'Suamiku Encik Perfect 10'. Rasanya itulah pilihan terbaik yang ada ketika itu. Aku sudah bersedia. Perancangkanku akan dijalankan ketika kami berada di dalam panggung. Ketika filem sedang ditayangkan, aku acap kali memandang wajahnya. Terasa gemar aku menatap wajah itu. Namun perancanganku masih belum bermula. Lidahku kelu. Bimbang reaksi kepada apa yang ingin aku perkatakan.

Jam menunjukkan 12.00 tengah malam. Oleh kerana tiada, destinasi lain, aku bercadang menghantarnya pulang ke melaka. Aku cuba memberanikan diri untuk merungkai persoalanku ketika kami dalam perjalanan menuju ke melaka. Namun, perkataan Klebang terpacul keluar dari mulutku. Nak pergi ke? Soalnya. Aku cuma mengangguk tanda setuju. Hatiku melompat gembira. Di tepi pantai inilah akan menjadi saksi kepada persoalanku. Teka teki mengenai siapa aku di hatimu perlu dirungkai segera kerana putik manis cinta sedang menunggu untuk berputik. Sekali lagi aku gagal, juga kerana  aku berasa takut akan jawapan yang akan diberikan.

Akhirnya aku menghantarnya pulang. Aku hanya memerhati dia melambai ke arahku ketika aku mula bergerak balik menuju ke bangi. Tiada jawapan yang aku perolehi kerana dalam diri kerang sikap berani. Aku memberhentikan kereta. Kali ini aku nekad. Nekad dalam erti kata yang sebenarnya. Aku mendail nombor telefon dan menunggu panggilanku dijawab.

Hello.
Hello, kenapa? Ada barang tinggal ke? Soalnya
Eh bukanlah. Just nak confirmkan something.
Apa dia?
Nak tanya sikit pasal kita. I not sure about this, but i want to know about who i am to you ? Is it we are friend ?
Yela of course kita kawan. Kenapa tanya ?
Nothing. actually aku dah mula macam rasa sayang. So nasib baik aku tanya. Sebab kalau dh lama nanti payah nak buang rasa sayang ni.
Sorry.
Its okay, Aku pun dah ready untuk jawapan ni. Just nak dengar dari mulut kau sendiri je. Itupun aku tak berani nak tanya depan-depan. Haha. Okaylah nak drive ni.

Aku terus meletakkan telefon tanpa menunggu jawapan akhir. Tiada perkataan sesuai bagi menggambarkan perasaan ketika itu. Aku terkesima namun tidak sekali aku menitiskan air mata. Cuma kesal dalam diri. Jawapan itu sudahku duga namun aku tidak sedia. Aku memandu pulang dalam gelap subuh itu.

***

Aku terjaga dari tidur apabila sahabatku mengejutkanku kerana sudah masuk waktu zuhur. Aku masih terbanyang-bayang kenangan ini. Namun makin lama aku makin rasional untuk berfikir. Aku tidak seharusnya meletakkan kesalahanku padanya. Tiada langsung niatnya mempermainkan hatiku. Cumanya aku yang masih tidak betah membezakan sayang demi cinta dan sayang demi sahabat. Aku beransur melupakan sayang yang terjadi atas kesilapanku itu. Tidak perlu lagi aku bersedih, bagiku biarlah aku hidup solo dahulu sambil menyudahkan diploma yang berbaki setahun saja lagi. Tidak mahu lagi aku bercinta buat masa ini. Namun siapa sangka ada insan lain yang tiba-tiba menduduki hatiku. Dan kini aku bahagia.